Cetak
Butiran: | Jumlah paparan: 7835

Kami berjanji untuk :-

  1. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti enam (6) kali setahun;
  2. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) empat (4) kali setahun;
  3. Membuat lantikan penyandang jawatan pentadbiran yang diluluskan oleh MPE tidak lewat dua (2) minggu selepas kelulusan Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE);
  4. Mengambil tindakan tatatertib atau perundangan dalam tempoh dua (2) minggu setelah mendapat kelulusan berkaitan dan maklumat yang mencukupi;
  5. Memastikan kelulusan untuk perisytiharan harta kakitangan diperolehi dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tempoh dokumen lengkap diterima;
  6. Melaksanakan pemantauan pematuhan ke atas kelemahan pengurusan PTj dalam masa dua (2) minggu selepas laporan auditan dikeluarkan;
  7. Memastikan setiap urusan pelekat kenderaan dan saman kesalahan lalulintas diselesaikan dalam masa 10 minit sahaja;
  8. Membawa pekeliling dan peraturan atau dasar untuk kelulusan mesyuarat dan dihebahkan kepada warga kampus dalam tempoh dua (2) minggu selepas mendapat kelulusan;
  9. Mengeluarkan Guarantee Letter (GL) kepada kakitangan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan.
  10. Memastikan setiap aduan diberi maklumbalas selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
  11. Menjalankan Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di bengkel, makmal dan pejabat setiap tiga (3) bulan sekali.